Butthan


                              Apakah Seni mempertahankan diri ‘Butthan’
Butthan adalah warisan lama yang telah di beri penghormatan oleh Selatan Asian sebagai  seni mempertahankan diri yang realistik, membangun diri serta sukan yang selamat, sehingga di namakan seni yang terhormat yang telah memberi penyedaran baru serta membentras/memberhentikan perkelahian. Ianya juga menghasilkan kesimbangan /gabungan daripada fizikal,mental dan kerohanian, melalui proses menanamkan sikap mendisiplinkan diri dan menyusun balik pragmatik yang bersifat peribadi. Seni Butthan juga terkenal sebagai sistem pembangunan kehidupan Asian Selatan yang mengabungkan fizikal,mental dan tahap kerohanian yang tertinggi. 'Butthan' berasal dari perkataan sanskrit bermaksud 'pertahanan mengunakan kepandaian' atau 'pertahanan kerohanian ' atau 'perjuangan'. Amalan seni Butthan adalah bertujuan untuk mencapai kekuatan psychophysical, semangat,kesihatan dan kejayaan dalam kehidupan.


Sistem butthan  ini telah berkembang melalui penggabungan daripada ilmu pengetahuan dan ilmu psikologi sains, trigonometri, anatomi manusia, fisiologi, logik, sistem saraf manusia, ilmu perubatan daripada Siddha, yoga, gabungan daripada kaedah pertahanan diri yang terpilih daripada india purba, Burma dan Tibet yang tidak mengunakan senjata dan sistem yang bersenjata, untuk menuju ke arah mencapai pemikiran yang harmoni, badan serta cara kehidupan.

Kehidupan Butthanchariya (Butthan Practitioner) ni berbentuk segitiga dan terdiri daripada  Sadhana (Usaha), Praggya (Kebijaksanaan) dan Saggya (Gerak hati).  Terdapat Lima Sadhana, lima Praggya dan satu Saggya. Lima Sadhanas  ini adalah: (1) Butthan Dhyana (meditasi / latihan minda) (2) Atmaraksa o Krira (seni pertahanan diri dan Sukan) (3) Baktigoto o Samajik Kallyan (Peribadi dan kesejahteraan sosial) (4) Sarircharchya o Vajrapran (Latihan Fizikal dan Vajra Pran) (5) Kawsol (strategi). Lima Proggayas pula terdiri daripada : (1) Gyaan (Kebijaksanaan) (2) Noitikota (Moral) (3) Sahasikata (Keberanian) (4) Vakti (Menghormati (5) Oddyabasay (Ketabahan). Yang terakhir adalah Soggya atau gerak hati atau mencari ilmu pengetahuan diri , jumlah keseluruhannya adalah enam belas latihan.


Ia juga merupakan tahap tertinggi kepada pengalaman hidup yang sebenar serta prinsip-prinsip saintifik yang telah menggabungkan intipati seni kuno seperti Varma Kalai, Bando, Vajramushti, Tibet & Chinese Kempo, Ming Jing, Bansahy, Vajrapran, lathi-khela dan lain-lain strategi. Selain daripada teknik-teknik fizikal, disiplin, falsafah, etika ekspresionis dan aspek meditasi  , Butthan juga adalah ciri-ciri penting bagi pembangunan seseorang.



Kebaikkan mempelajarani Seni Butthan  

Dengan mengamalkan Butthan seseorang akan mencapai perkembangan diri yang luar biasa kerana ia berfungsi seperti penggerak untuk penggredan pelatih dalam kehidupan sendiri dan juga kerjaya yang profesional. Sistem Butthan juga dapat meningkatkan keyakinan, fokus, menghormati diri sendiri, kesihatan yang lebih baik, peribadi, kesejahteraan sosial yang bertujuan mengeratkan persaudaraan dan mencapai keamanan dunia. Latihan psychophysical Butthan memainkan peranan penting dalam mengimbangi badan dan minda untuk memberi kuasa tenaga kehidupan melalui merangsang  'chakra' serta tisu yang wujud dalam badan manusia (plasma, darah, otot, tulang, lemak, dan metabolisme badan). Apabila sistem dalaman badan gagal untuk menahan tekanan daripada luar dan kesakitan, sistem pertahanan badan akan rosak dan beransur-ansur bertukar menjadi tidak lagi bermaya serta lemah. Pengamalan Butthan juga akan menggalakkan proses membaiki sel otak, meningkatkan kemahiran membuat keputusan, meningkatkan tugas dan perancangan  keupayaan yang pelbagai. Ia juga membantu untuk melawan kemurungan, tekanan, membuat sistem manusia lebih segar, aktif dan lengkap dengan imuniti yang lebih kuat dan tenaga yang lebih di perkuasa. Walau bagaimanapun, kami sentiasa mengharapkan bukan untuk perkelahian akan tetapi untuk mempertahankan diri kita demi keselamatan nyawa walaupun dalam keadaan yang boleh membawa pertarungan/perlawanan, kita perlulah belajar strategi seni Butthan ini kerana ianya amat berkesan dalam menghadapi apa pun jua keadaan/kejadian yang tidak baik.

 Pengamalan seni Butthan yang bersistem saintifik ini amatlah sesuai untuk manusia pada zaman moden ini dan ianya dapat membantu  mencabar had peribadi diri sendiri  dengan  inspirasi yang berlanjutan/berterusan. Butthan juga memainkan peranan yang penting bagi generasi muda, khasnya untuk perkembangan mental kanak-kanak dan dalam memperkasa wanita.


No comments:

Hello!

Butthan Martial Art Video (Malay Version)